Friday, 23 December 2011

Takdir Yang Tertulis-bahagian 1

**sebelum itu,korang saya br berjinak kembali dlam menulis setelah tidak menulis,nie blog baru so rasanya teringin pula menulis kembali,harapakan ada komen membina okay..sekian~~**



                                              TAKDIR YANG TERTULIS


Pagi itu suasana begitu indah dan nyaman,burung-burung berkicauan,bunga-bungaan mekar mewarnai suasana yang menggamit sanubari.Nun, di sana,sang suria bersinar-sinar dengan galaknya menandakan itulah saat seluruh warga kota brlumba-lumba dan berasak-asak memulakan rutin harian.Landskap kehidupan beralih ke kehidupan aku,lemah longlai aku menuju ke tingkap,kubuka,mengharap agar si mentari sudi menyalurkan cahayanya agar ku kuat untuk meniti kehidupan yang sangat memeritkan ini.Sangkaan ku meleset,tiba-tiba mata ku berpinar-pinar,kepalaku terasa sakit teramat,aku rebah menyembah bumi.

Bacaan ayat al-quran tidak terhenti dari mulut opah,atuk aku kegusaran bagai cacing kepanasan.Duduk salah,berdir salah,entah apa yang difikirkannya.Hanya tuhan saja yang tahu.AKU?masih terbaring kaki di katil hospital.Ya,aki dikejarkan ke hospital setelah opah menjumpaiku pengsan di dalam kamar.Mataku terbuka sedikit demi sedikit,ku lihat wajah opah yang tidak ditelan dek usia,bercahaya suci dan menenangkan.Atuk jua yang sentiasa menemani aku di saat susah dan senang.Kelihatan mereka amat bersyukur kerana aku sudah sedar,aku cuba berbicara namun kata-kataku terhenti apabila doctor dan jururawat terlebih dahulu berbicara.”Makcik dengan pakcik boleh tunggu kat luar sebentar,kami perlu memeriksa Areanna terlebih dahulu”,ujar Doktor Rizal.Wajah tampannya begitu mempersona setiap mata yang memandang,agung sungguh ciptaan tuhan,namun cantik atau tampan bukan ukuran kehidupan,hati nurani yang tulus dan suci itu yang mesti.

Selesai pemeriksaan,jururawat memberikan ku suntikan bagi memulihkan kekuatan aku,dan meninggalkan aku bersama Doktor Rizal.Senyuman beracunnya tidak lekang dari bibir,melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan ku.”Abang riz.....”,panggil aku.Air mata tidak mampu diseka lagi,berguguran jua membasahi pipi.”Kenapa sayang?janganlah nangis,abang kan ada,”sambil mengesat air mataku.”Are sakit teruk kan?dah dekat sebulan are macam nie,kenapa dengan are abang?”Abang riz kelihatan terdiam kaku,hendak diluah bagaikan bersalah pula..ditelan mati mak,diluah mati bapak.”Are tak ada apa-apa,are okay jer,percaya cakap abang okay”.”Abang janganlah tipu are,are bukan budak kecil lagi...”brappp,pintu bilik dibuka..opah dan aki secara tiba-tiba masuk ke dalam kamar hospital.”Rizal macam mana dengan Areanna?Opah risau lah dengan dia ni,sakit saja”.Abang rizal melarikan matanya ke keseluruhan bilik,padahal ku tahu otaknya ligat mencari jawapan.”Baiklah,saya rasa dah sampai masa saya berterus terang,Areanna sebenarnya menghidapi kanser otak”.Aku terpaku,bagai ditusuk anak panah.Opah dan aki trgamam.Tak terluah hendak dikata.Air mata sekali lagi meluncur membasahi pipiku,tiada kata mampu ku ungkap...

“Eh,Are mana ha?Dah dekat sebulan tak Nampak batang hidung,keman pulak dia nie?”,ujar Dania kepada Tania.Si kembar ini adalah kawan baikku sejak di sekolah rendah,rezeki kami bersahabat sehingga ke sekolah menengah yang sama.Dania,si kepoh yang banyak mulut,Tania pula gadis manis ulat buku,benar kata orang..sama tapi tak serupa.                                         “Bangun semua,Assalammualaikum cikgu,selamat sejahtera cikgu”,laungan Ezzim ketua tingkatan 5 Bestari cukup lantang.”Ok kelas,siapa yang tidak hadir hari ni?”,Tanya Puan Mariam,guru tingkatan kelas aku.”Siapa lagi cikgu,kalau bukan “Ratu Ponteng” kelas kita,ehh apa nama dia ehh?”laju sahaja Sherena dan rakan-rakannya melaungkan namaku dengan tangkas “AREANNA MARLYNN BT.MIKAIL”.Ketawa berhuraian di dalam kelas melihat gelagat gedik Sherena dan rakan-rakannya yang sememangnya dikenali sebagai “wannabe” Kardashian’s family.Dania menjadi geram dan bengang melihat telatah Sherena,lantas bangun dan menolak bahu Sherena,”Ehh kau dah kenapa?Meroyan pepagi buta,tak puas hati kat celah mana,hah?!”Puan Marian segera campur tangan meleraikan mereka berdua.”Cikgu tengoklah minah gedik nie,ikut hati saya,saya buat cekodok dah dia nie”,terbahak-bahak pelajar-pelajar yang lain melihat pergaduhan anjing dan kucing ini.Sherena menyampuk”cikgu  tengok si tomboy nie,boleh nak buat muka saya ni cekodok,mahal tahu buat facial!”lantas pura-pura menangis.Puan Mariam menjerit “KAMU DIAM!SEMUA ORANG DIAM!awak semua nak dating belajar ker bergaduh?hah Sherena awak yang “over” nak nangis kenapa,si Dania belum pon cekodokkan awak ! “HAHAHHAHHAHAHA”,ketawa besar rakan-rakan 5 Bestari.Malu besar Sherena dek kerana gelagatnya itu.                                             

**nantikan sambungan bahagian kedua esok pula** :D 



                                                        #milliondollargirl#   

2 comments:

  1. cepat2 sambung citer nih....

    ReplyDelete
  2. Wajah tampannya begitu mempersona setiap mata yang memandang,agung sungguh ciptaan tuhan,namun cantik atau tampan bukan ukuran kehidupan,hati nurani yang tulus dan suci itu yang mesti.

    terbaek!

    ReplyDelete