Saturday, 24 December 2011

Takdir Yang Tertulis-bahagian 3**akhir**

“Areanna,sekarang saya nak tahu apa alasan awak selama 2 bulan awak tak datang ke sekolah?”soal Puan Mariam.”Cikgu,saya sebenarnya ada masalah keluarga cikgu,so sebab alasan yang tak dapat dielakkan saya terpaksa tak hadir,ni saya ada surat dari ayah saya”.”Awak tak boleh cari alasan lagi logic ker nak cakap kat saya,masalah apa sangat keluarga ada?Kalau betul kenapa ayah awak sendiri tak datang jumpa saya,bincang hal ni?”.”Cikgu,ayah saya kan sibuk macam cikgu tak tahu ayah saya,bukan ada kat Malaysia pun,selalu kt oversea,so dengan surat nie jer lah saya boleh bagi bukti pun,kalau cikgu nak,boleh datang rumah jumpa opah dan atuk saya”.”Saya nak bercakap dengan ayah awak,awak jangan ingat suka-suka hati buat sekolah ni macam awak yang punya,nak datang dan tak datang ikut otak awak jer Areanna,awak main-main betul yer dengan undang-undang sekolah!”ujar Puan Mariam dengan nada yang marah.Ya Allah,andai ku mampu ceritakan kebenaran di sini,sudah tentu pasti setiap patah yang diungkapkan kepadaku akan membuat Puan Mariam mnyesal seumur hidupnya.Loceng tamat waktu rehat berbunyi.Aku segera melarikan diri tatkala Puan Mariam sibuk mencari nombor telefon papaku.Di dalam bergolak,bagai nk tercabut jantung,bagaimana kalau Puan Mariam dapat call papa,mesti rahsia aku terbongkar.Resah gelisah aku dibuatnya,aku mengintai di dalam kelas,belum ada yang masuk ke dalam kelas lagi,ku ambil beg sekolah terus meluru meninggalkan sekolah dengan kadar segera.Kemanalah hendak ku tuju,pulang ke rumah?Nanti opah dan atuk Tanya apa aku nak jawab,then aku harus ke mana?Terduduk aku di tepi longkang memikirkan hal ini,tiba-tiba terasakan sesuatu di wajahku.YA ALLAH,HIDUNGKU BERDARAH!Aku kesat dengan tisu,namum masih tidak berhenti darah mengalir dari hidungku,serentak kepalaku kesakitan teramat,bagai ditusuk dengan pisau.Ku lihat sekeliling,pandanganku mula kabur,bagaikan berkhayal pula,nahhhhhh...!Aku terbaring di jalan,pengsan dan tidak sedarkan diri.Semoga ada yang datang membantu.



“Hello,ni rumah Areanna Marlynn Bt. Mikail ker?”.”Yer,saya opah nya,ada apa ya saya boleh bantu?”.”Ouhh macam nie makcik,saya ni jururawat dari hospital,cucu makcik ada di hospital sekarang,kalau boleh makcik datang dengan kadar segera ya”,”Astagfirullahalazim,Areanna kt hospital,ya,ya,makcik pergi sekarang”.Opah meluru mencari atuk yang baru selesai solat Asar di dalam kamar.”Abang,Are dekat hospital bang,cepat bang!”Atuk terkejut,dan bergegas mencari kunci kereta dan meluru turun ke bawah mengikuti langkah opah.Dalam perjalanan ke hospital opah berulang kali menelefon papa,namum tidaj di jawab.Kemudian opah menelefon mama pula,juga tidak dijawab.Lantas opah menekan nombor telefon Abang Rizal,dan memberitahunya supaya turut ke hospital.Setibanya di hospital,opah dan atuk bergegas ke wad ICU.Ya aku ditempatkan di wad ICU kerana aku tidak menyedarkan diri setelah pengsan tadi.Opah mendekati aku,air matanya deras menuruni pipinya,”Are,kenapa cu?kenapa jadi macam nie cu?”,tangan ku digenggam kuat.Atuk tersandar di pintu melihat keadaan ku begitu,hatinya sayu sehingga kan tidak mampu berkata.Tidak lama kemudian,Abang Rizal tiba,dia meluru ke arahku,kaget agaknya.Dia memeriksa aku,dan kemudian berbincang dengan doctor yang lain akan perihalku ini.

“Mama tak faham lah dengan Are nie,mama dah kata mama sibuk,mama ada kerja,bukan mama saje tak nak datang tengok Are,tolonglah faham mama,boleh tak?”soal mama ditalian.”Mama,orang lain pun subuk jugak,tapi boleh jer nak luang masa dengan family,dah lagi Are ni sorang jer ma,anak tunggal,tak kan susah sangat nak jumpa Are?Are bukan mintak mama ape pon,tak kan nak jumpa 5 minit pon tak boleh?”ucapku dengan nada yang begitu marah.Ya lah,Perdana Menteri pun sibuk,tapi bolej aje nak bersama keluarga,setakat mama yang kerja Pengurus Butik tak kan tak mampu nak datang tengok aku kan?Takkan hari-hari buktia dia “fullhouse”sangat sampai tak ada masa untuk aku,peli betul.”Mama dah kata,mama sibuk Are,apahal susah sangat nak faham nie?hah?!”,tengking mama kepadaku.Gugur air mata ku,tak sangka mama menegking ku gara-gara kau minta untuk bertemu dengannya.Talian terus aku putusi.Hatiku terluka,ibu kandung ku tidak mahu berjumpa dengan ku.Apalah dosa aku sehingga begini aku dilayan,usahkan mama,papa pun sama juga.Masuk nie dah 5 bulan aku tak bertemu dengan mereka.Kadangkala dek gara terlampau diabaikan oleh orang tua ku sendiri,otakku mula berprasangka buruk,mungkinkah aku Cuma anak angkat  mahupun anak pungut mereka?Pernah juga kusoal kan perihal ini kepada opah,malah dimarahi opah pula.Opah kata mati hidup balik pun,aku anak kandung mereka,jangan difikir yang bukan-bukan.Dah begini aku dilayan,manakan aku tak berfikiran begitu,sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak,ni kenapa pula manusia tak sayangkan anak.Mungkin aku disalah atas punca penceraian mama dan papa?Entah lah berkecamuk memikirkan semua ini.Inilah terjadi pada aku sejak papa dan mama bercerai,syukur kepada tuhan masih ada opah dan atuk yang peduli dan mahu mejagaku,kalu tidak,tidak tahu lah apa akan jadi kepada aku,agaknya sudah jadi budak remaja yang bermasalah sama sperti rakan-rakanku yang juga senasib,terlibat dalam penceraian.Kebanyakana rakan-rakanku yang seperti aku,semuanya sudah porak-peranda,rosak,tak keharuan.Terima kasih pada opah dan atuk yang membimbing aku agar tidak terpesong sperti mereka.

Itulah perbualan aku terakhir dengan mama sehingga aku terbaring kaku di hospital.Mama hilang tanpa khabar berita,dengar kata sudah berkahwin baru.Aku anak kandungnya sendiri tidak dipelawa ke majlisnya,sedih benar hatiku.Bacaan yaasin dan ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibir opah dan atuk,hari nie genap seminggu aku tidak sedarkan diri.Tiba-tiba pintu bilik di buka,”YA ALLAH AREANNA”,jerit papa di muka pintu,terus meluru memeluk tubuhku kaku.Terasa hangat air mata nya menitis ke pipiku.”Mak,kenapa tak bagitahu Mikail yang Are sakit parah mak?kenapa mak?”esak papa.”Asal mak call kamu,kamu asyik sibuk memanjang,mak nak cakap sepatah apa pun tak sempat,jangan pula nak cakap pasal si Areanna sakit,kamu janji nk call balik,alik-alik,habuk pun tak ada Mikail”,ujar opah.”Are saying,bangun nak.Papa dah ada kat sini sayang,buka mata sayang”,kata papa sambil megusap lembut wajahku.Hakikatnya,aku mendengar semua itu,namun entah kenapa aku bagai dikunci mulut dan mataku dari terbuka,tak terdaya aku untuk “hidup semula”.Sekali lagi pintu kamar hospital di buka,kelibat tubuh Abang Rizal terpacak di sana.”Baguslah semua dah ada di sini,saya nak bagi rekod perubatan Areanna untuk opah,atuk dan juga Encik Mikail untuk tengok sendiri”.Papa lantas mengambil rekod perubatan dari tangan Abang Rizal,matanya laju membaca segala maklumat didalma fail tersebut, “What?brain cancer,stage 5?Are you serius,doctor?Before this,she’s fine,there’s nothing wrong with her”.”I know Encik Mikail,we have done the test for 5th times,and the result is stil the same,but yet it getting worse,that’s why Areanna stay unconscious until now,her brain couldn’t accept any information anymore,i f she awake,she may understood what we says,but she couldn’t speak anymore”.Papa terduduk di lantai mendengar perkhabaran itu,dirinya rasa begitu bersalah kerana mengabaikan aku selama ini.

“WHAT?APA YOU CAKAP?AREANNA KAT HOSPITAL,YOU JANGAN MAIN-MAIN MIKAIL”,kata mama kepada papa di talian.”You apa pula i nak main-main,i sendiri kt hospital sekarang,Areanna sakit teruk,brain cancer!Kalau you rasa you ada anak,you datang lah tengok Suraya,tuh pun kalau you ada hati perut lah kan”.”Ehh Mikail, you jangan nak kata i okay,you pun sama 2 kali 5 jer dengan i,tak payah nak ceramah i,kejap lagi i sampai”.Sementara itu,aku berusaha melawan penyakit aku.YA ALLAH BENARKAN AKU MELIHAT MEREKA BUAT KALI TERAKHIR YA ALLAH.ANDAIKATA SUDAH SAMPAI AJALKU,BERIKAN LAH AKU KESEMPATAN INI,CUMA INI YANG KU PINTA YA ALLAH.Sejam kemudian,mama tiba di hospital bersama suami barunya itu.”AREANNA!”,teriak mama saat melihat aku terbaring kaku di katil hospital.Tangisannya semakin menjadi-jadi,memeluk tubuhku,menggenggam kuat tangan ku sambil berkata “Jangan tinggal mama sayang,maafkan mama,mama khilaf,mama tak jaga Are,maafkan mama.Bagi mama lagi 1 peluang,bangun AREANNA!”.”Suraya,kamu nk menyesal sekarang pun dah terlambat su..nasi dah jadi bubur,”kata atuk kepada mama.”Abah,su mnyesal abah,maafkan su abah,maafkan su mak,su nak jaga anak su,su silap selama nie,su pentingkan diri sendiri,su tak fikir pasal langsung pasal Areanna”.”Mikail pun menyesal abah,mak.Mikail penting duit dari anak kandung Mikail,Mikail ingat dengan bagi kemewahan tuh dah cukup buat Are,tapi kasih sayang bukan duit semata-mata.Mikail sedar sekarang”,ujar papa sambil mencium tangan opah dan atuk.”Kamu berdua ingat minta maaf boleh sihatkan cucu aku?Kamu ingat dengan menangis-nangis macam ni Areanna boleh dengar,boleh maafkan kamu?”,kata opah kepada mama dan papa.Opah,Are dengar opah!Cuma Are tak tahu mcam mana Are nak cakap,Are tak berdaya!

Pada keesokan harinya,27 September 2011,aku merasa bagaikan ada kekuatan untukku.Bagaikan diebri peluang untuk bernyawa kembali,mataku buka perlahan-lahan,ku lihat mama dan papa tertidur di sisiku.Opah dan atuk sedang membacakan yaasin di sofa yang berdekatan.Ku gerakkan jari-jemari ku,menyentuh tangan mama.Mama terjaga,lantas menjerit “AREANNA!”,semua mata melihatku.ALHAMDULILLAH.......                                                 Selepas selesai pemeriksaan dari Abang Rizal,aku disuruh berehat.Mama dan papa sentiasa menemani aku di sisi.Indahnya dunia pada ketika ini,kedua orang tuaku berada di sisiku,tanpa semena air mataku mengalir.Mama kesat lembut air mataku itu,andai kata ku mampu berbicara ketika ini,akan ku kuungkapkan betapa sayangnya,betapa cintanya aku terhadap mereka,walaupun aku diabaikan.Terdetik di hati ini,lupakah mereka akan hari ini?Tarikh 27 September?Terpalit rasa kecewa di hati ini,namun tidak mampu menandingi rasa syukur dan gembiraku kerna permintaan terakhirku di makbulkan ALLAH.Setelah hampir 4 jam berjaga,aku rasa keletihan,terasa bagaikan hendak tidur pula,tapi entah kenapa ras begitu berat sekali untuk menutup mata.Aku khuatir inilah kali terakhir ku menatap wajah-wajah insane yang kusayang,mama,papa,opah dan atuk.Opah mendekati aku,memegang erat tanganku sambil berkata” Are,kena kuat ya sayang,Are kena lawan penyakit ni,sekarang semua dah ada dengan Are kan?Are janji ya,Are lawan penyakit nie”.Aku mengalirkan air mata,tidak tahu apa yang harus ku respon kan.Sedangkanaku tahu,sudah tiba masaku untuk pergi.Ku anggukkan sahaja,sekadar menyedapkan hati opah.Tak terbayang apa akan berlaku pada opah dan atuk andaikata sebentar lagi aku dijemput-NYA.Opah dan atuk sudah bagaikan orang tua ku sendiri,mereka lah yang mendidik,menjaga ku sehingga kini.Tak terbalas jasa mereka,Cuma dengan doa kepad tuhan sahaja agar keduanya selalu di bawah keberkatanmu YA ALLAH.

“Buat mama dan papa,
    “ Are susun 10 jari memohon ampun dan maaf akan kekhilafan yang Are pernah lakukan sepanjang keberadaan Are di muka bumi ini.Are sedar Are bukan lah anak solehah yang mampu di banggakan oleh papa dan mama,Are tidak mampu membrikan kebahagiaan buat mama dan papa.Namun ketahuilah,sesungguhnya kasih sayang dan cinta Are hanya untuk mama dan papa,meskipun Are diperlakukan seperti ini,tidak tercalit pun dendam di hati,mahupun benci terhadap mama dan papa.Jika Are mampu meneruskan hidup ini lagi,yakinlah Are akan berbakti kepada mama dan papa,namun takdir yang tertulis kita tidak mampu ingkari,siapalah kita untuk menolak takdir.Ini nukilan terakhir dari Are,diharapakn jangan dipandang sepi,berpisah kita di bumi,bertemu jua kita di akhrawi,sekian anakmu”.Menitis air mata Suraya membaca surat yg  ditulis sebelum peninggalan Areanna,hari ini genap 2 bulan pemergian anak gadisnya.Penyesalan demi penyesalan kian menghimpit di sanubari,begitu jua dengan Mikail.Begitu terasa pemergian Areanna,walaupun hubungan mereka tidak lah serapat mana pun,namun ikatan yang terjalin sebagai ibu bapa tak mampu diubah oleh sesiapa pun di muka bumi ini,ia kekal sehingga akhirat.Berpisah kita di bumi,bertemu kita di akhrawi,semoga hidup kita diberkati.

                                                                       -TAMAT-



                                                                  #milliondollargirl#

6 comments:

  1. Terima kasih for the nice story

    Ade moral.
    And kalau buat entry mcm nie lagi do invite me yee:)

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. hurm no words...hands up bro

    ReplyDelete
  4. muahahhaha..fatin kau bodek nk apa nie?
    =P

    ReplyDelete
  5. terbaek la u!!!
    hampir menitis air mata kot..
    aku ulang HAMPIR~~~
    blom menitis lg k :)

    ReplyDelete