Wednesday 27 June 2012

bound to you

so much,so young
i face on my own
wall i built up
became my home
im strong,and im sure
i finally found my way
im bound to you
i embrace my fear
i cant trust the boy i believed in much
im a terrified
dont doubt,dont ask
just stand up still,be the man
or you may dismiss......

Tuesday 17 January 2012

dead and gone

hye everyone..
im back with a lonely and a sober heart..yeahh i know its sound cheesy but i guess
its the correct way to explain what inside of me..
he's gone..and this time i'll guess forever..
and i think this is the best way for both of us..
i cant cope with what he's doing to me,and same goes to him..
he said that "im not enough for him"
so then i prefer to let him go..
so dear my past life,please dont come and begging me again
cause i wont bother anymore..you hurt me this time..SO MUCH!
so just leave me alone with my beautiful life..
go and have your "bitches" in  your life..
stop harrasing me..that's all.
for me you are dead and gone.FULLSTOP.

                                                                  #milliondollargirl#

Saturday 24 December 2011

Takdir Yang Tertulis-bahagian 3**akhir**

“Areanna,sekarang saya nak tahu apa alasan awak selama 2 bulan awak tak datang ke sekolah?”soal Puan Mariam.”Cikgu,saya sebenarnya ada masalah keluarga cikgu,so sebab alasan yang tak dapat dielakkan saya terpaksa tak hadir,ni saya ada surat dari ayah saya”.”Awak tak boleh cari alasan lagi logic ker nak cakap kat saya,masalah apa sangat keluarga ada?Kalau betul kenapa ayah awak sendiri tak datang jumpa saya,bincang hal ni?”.”Cikgu,ayah saya kan sibuk macam cikgu tak tahu ayah saya,bukan ada kat Malaysia pun,selalu kt oversea,so dengan surat nie jer lah saya boleh bagi bukti pun,kalau cikgu nak,boleh datang rumah jumpa opah dan atuk saya”.”Saya nak bercakap dengan ayah awak,awak jangan ingat suka-suka hati buat sekolah ni macam awak yang punya,nak datang dan tak datang ikut otak awak jer Areanna,awak main-main betul yer dengan undang-undang sekolah!”ujar Puan Mariam dengan nada yang marah.Ya Allah,andai ku mampu ceritakan kebenaran di sini,sudah tentu pasti setiap patah yang diungkapkan kepadaku akan membuat Puan Mariam mnyesal seumur hidupnya.Loceng tamat waktu rehat berbunyi.Aku segera melarikan diri tatkala Puan Mariam sibuk mencari nombor telefon papaku.Di dalam bergolak,bagai nk tercabut jantung,bagaimana kalau Puan Mariam dapat call papa,mesti rahsia aku terbongkar.Resah gelisah aku dibuatnya,aku mengintai di dalam kelas,belum ada yang masuk ke dalam kelas lagi,ku ambil beg sekolah terus meluru meninggalkan sekolah dengan kadar segera.Kemanalah hendak ku tuju,pulang ke rumah?Nanti opah dan atuk Tanya apa aku nak jawab,then aku harus ke mana?Terduduk aku di tepi longkang memikirkan hal ini,tiba-tiba terasakan sesuatu di wajahku.YA ALLAH,HIDUNGKU BERDARAH!Aku kesat dengan tisu,namum masih tidak berhenti darah mengalir dari hidungku,serentak kepalaku kesakitan teramat,bagai ditusuk dengan pisau.Ku lihat sekeliling,pandanganku mula kabur,bagaikan berkhayal pula,nahhhhhh...!Aku terbaring di jalan,pengsan dan tidak sedarkan diri.Semoga ada yang datang membantu.



“Hello,ni rumah Areanna Marlynn Bt. Mikail ker?”.”Yer,saya opah nya,ada apa ya saya boleh bantu?”.”Ouhh macam nie makcik,saya ni jururawat dari hospital,cucu makcik ada di hospital sekarang,kalau boleh makcik datang dengan kadar segera ya”,”Astagfirullahalazim,Areanna kt hospital,ya,ya,makcik pergi sekarang”.Opah meluru mencari atuk yang baru selesai solat Asar di dalam kamar.”Abang,Are dekat hospital bang,cepat bang!”Atuk terkejut,dan bergegas mencari kunci kereta dan meluru turun ke bawah mengikuti langkah opah.Dalam perjalanan ke hospital opah berulang kali menelefon papa,namum tidaj di jawab.Kemudian opah menelefon mama pula,juga tidak dijawab.Lantas opah menekan nombor telefon Abang Rizal,dan memberitahunya supaya turut ke hospital.Setibanya di hospital,opah dan atuk bergegas ke wad ICU.Ya aku ditempatkan di wad ICU kerana aku tidak menyedarkan diri setelah pengsan tadi.Opah mendekati aku,air matanya deras menuruni pipinya,”Are,kenapa cu?kenapa jadi macam nie cu?”,tangan ku digenggam kuat.Atuk tersandar di pintu melihat keadaan ku begitu,hatinya sayu sehingga kan tidak mampu berkata.Tidak lama kemudian,Abang Rizal tiba,dia meluru ke arahku,kaget agaknya.Dia memeriksa aku,dan kemudian berbincang dengan doctor yang lain akan perihalku ini.

“Mama tak faham lah dengan Are nie,mama dah kata mama sibuk,mama ada kerja,bukan mama saje tak nak datang tengok Are,tolonglah faham mama,boleh tak?”soal mama ditalian.”Mama,orang lain pun subuk jugak,tapi boleh jer nak luang masa dengan family,dah lagi Are ni sorang jer ma,anak tunggal,tak kan susah sangat nak jumpa Are?Are bukan mintak mama ape pon,tak kan nak jumpa 5 minit pon tak boleh?”ucapku dengan nada yang begitu marah.Ya lah,Perdana Menteri pun sibuk,tapi bolej aje nak bersama keluarga,setakat mama yang kerja Pengurus Butik tak kan tak mampu nak datang tengok aku kan?Takkan hari-hari buktia dia “fullhouse”sangat sampai tak ada masa untuk aku,peli betul.”Mama dah kata,mama sibuk Are,apahal susah sangat nak faham nie?hah?!”,tengking mama kepadaku.Gugur air mata ku,tak sangka mama menegking ku gara-gara kau minta untuk bertemu dengannya.Talian terus aku putusi.Hatiku terluka,ibu kandung ku tidak mahu berjumpa dengan ku.Apalah dosa aku sehingga begini aku dilayan,usahkan mama,papa pun sama juga.Masuk nie dah 5 bulan aku tak bertemu dengan mereka.Kadangkala dek gara terlampau diabaikan oleh orang tua ku sendiri,otakku mula berprasangka buruk,mungkinkah aku Cuma anak angkat  mahupun anak pungut mereka?Pernah juga kusoal kan perihal ini kepada opah,malah dimarahi opah pula.Opah kata mati hidup balik pun,aku anak kandung mereka,jangan difikir yang bukan-bukan.Dah begini aku dilayan,manakan aku tak berfikiran begitu,sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak,ni kenapa pula manusia tak sayangkan anak.Mungkin aku disalah atas punca penceraian mama dan papa?Entah lah berkecamuk memikirkan semua ini.Inilah terjadi pada aku sejak papa dan mama bercerai,syukur kepada tuhan masih ada opah dan atuk yang peduli dan mahu mejagaku,kalu tidak,tidak tahu lah apa akan jadi kepada aku,agaknya sudah jadi budak remaja yang bermasalah sama sperti rakan-rakanku yang juga senasib,terlibat dalam penceraian.Kebanyakana rakan-rakanku yang seperti aku,semuanya sudah porak-peranda,rosak,tak keharuan.Terima kasih pada opah dan atuk yang membimbing aku agar tidak terpesong sperti mereka.

Itulah perbualan aku terakhir dengan mama sehingga aku terbaring kaku di hospital.Mama hilang tanpa khabar berita,dengar kata sudah berkahwin baru.Aku anak kandungnya sendiri tidak dipelawa ke majlisnya,sedih benar hatiku.Bacaan yaasin dan ayat-ayat al-quran tidak lekang dari bibir opah dan atuk,hari nie genap seminggu aku tidak sedarkan diri.Tiba-tiba pintu bilik di buka,”YA ALLAH AREANNA”,jerit papa di muka pintu,terus meluru memeluk tubuhku kaku.Terasa hangat air mata nya menitis ke pipiku.”Mak,kenapa tak bagitahu Mikail yang Are sakit parah mak?kenapa mak?”esak papa.”Asal mak call kamu,kamu asyik sibuk memanjang,mak nak cakap sepatah apa pun tak sempat,jangan pula nak cakap pasal si Areanna sakit,kamu janji nk call balik,alik-alik,habuk pun tak ada Mikail”,ujar opah.”Are saying,bangun nak.Papa dah ada kat sini sayang,buka mata sayang”,kata papa sambil megusap lembut wajahku.Hakikatnya,aku mendengar semua itu,namun entah kenapa aku bagai dikunci mulut dan mataku dari terbuka,tak terdaya aku untuk “hidup semula”.Sekali lagi pintu kamar hospital di buka,kelibat tubuh Abang Rizal terpacak di sana.”Baguslah semua dah ada di sini,saya nak bagi rekod perubatan Areanna untuk opah,atuk dan juga Encik Mikail untuk tengok sendiri”.Papa lantas mengambil rekod perubatan dari tangan Abang Rizal,matanya laju membaca segala maklumat didalma fail tersebut, “What?brain cancer,stage 5?Are you serius,doctor?Before this,she’s fine,there’s nothing wrong with her”.”I know Encik Mikail,we have done the test for 5th times,and the result is stil the same,but yet it getting worse,that’s why Areanna stay unconscious until now,her brain couldn’t accept any information anymore,i f she awake,she may understood what we says,but she couldn’t speak anymore”.Papa terduduk di lantai mendengar perkhabaran itu,dirinya rasa begitu bersalah kerana mengabaikan aku selama ini.

“WHAT?APA YOU CAKAP?AREANNA KAT HOSPITAL,YOU JANGAN MAIN-MAIN MIKAIL”,kata mama kepada papa di talian.”You apa pula i nak main-main,i sendiri kt hospital sekarang,Areanna sakit teruk,brain cancer!Kalau you rasa you ada anak,you datang lah tengok Suraya,tuh pun kalau you ada hati perut lah kan”.”Ehh Mikail, you jangan nak kata i okay,you pun sama 2 kali 5 jer dengan i,tak payah nak ceramah i,kejap lagi i sampai”.Sementara itu,aku berusaha melawan penyakit aku.YA ALLAH BENARKAN AKU MELIHAT MEREKA BUAT KALI TERAKHIR YA ALLAH.ANDAIKATA SUDAH SAMPAI AJALKU,BERIKAN LAH AKU KESEMPATAN INI,CUMA INI YANG KU PINTA YA ALLAH.Sejam kemudian,mama tiba di hospital bersama suami barunya itu.”AREANNA!”,teriak mama saat melihat aku terbaring kaku di katil hospital.Tangisannya semakin menjadi-jadi,memeluk tubuhku,menggenggam kuat tangan ku sambil berkata “Jangan tinggal mama sayang,maafkan mama,mama khilaf,mama tak jaga Are,maafkan mama.Bagi mama lagi 1 peluang,bangun AREANNA!”.”Suraya,kamu nk menyesal sekarang pun dah terlambat su..nasi dah jadi bubur,”kata atuk kepada mama.”Abah,su mnyesal abah,maafkan su abah,maafkan su mak,su nak jaga anak su,su silap selama nie,su pentingkan diri sendiri,su tak fikir pasal langsung pasal Areanna”.”Mikail pun menyesal abah,mak.Mikail penting duit dari anak kandung Mikail,Mikail ingat dengan bagi kemewahan tuh dah cukup buat Are,tapi kasih sayang bukan duit semata-mata.Mikail sedar sekarang”,ujar papa sambil mencium tangan opah dan atuk.”Kamu berdua ingat minta maaf boleh sihatkan cucu aku?Kamu ingat dengan menangis-nangis macam ni Areanna boleh dengar,boleh maafkan kamu?”,kata opah kepada mama dan papa.Opah,Are dengar opah!Cuma Are tak tahu mcam mana Are nak cakap,Are tak berdaya!

Pada keesokan harinya,27 September 2011,aku merasa bagaikan ada kekuatan untukku.Bagaikan diebri peluang untuk bernyawa kembali,mataku buka perlahan-lahan,ku lihat mama dan papa tertidur di sisiku.Opah dan atuk sedang membacakan yaasin di sofa yang berdekatan.Ku gerakkan jari-jemari ku,menyentuh tangan mama.Mama terjaga,lantas menjerit “AREANNA!”,semua mata melihatku.ALHAMDULILLAH.......                                                 Selepas selesai pemeriksaan dari Abang Rizal,aku disuruh berehat.Mama dan papa sentiasa menemani aku di sisi.Indahnya dunia pada ketika ini,kedua orang tuaku berada di sisiku,tanpa semena air mataku mengalir.Mama kesat lembut air mataku itu,andai kata ku mampu berbicara ketika ini,akan ku kuungkapkan betapa sayangnya,betapa cintanya aku terhadap mereka,walaupun aku diabaikan.Terdetik di hati ini,lupakah mereka akan hari ini?Tarikh 27 September?Terpalit rasa kecewa di hati ini,namun tidak mampu menandingi rasa syukur dan gembiraku kerna permintaan terakhirku di makbulkan ALLAH.Setelah hampir 4 jam berjaga,aku rasa keletihan,terasa bagaikan hendak tidur pula,tapi entah kenapa ras begitu berat sekali untuk menutup mata.Aku khuatir inilah kali terakhir ku menatap wajah-wajah insane yang kusayang,mama,papa,opah dan atuk.Opah mendekati aku,memegang erat tanganku sambil berkata” Are,kena kuat ya sayang,Are kena lawan penyakit ni,sekarang semua dah ada dengan Are kan?Are janji ya,Are lawan penyakit nie”.Aku mengalirkan air mata,tidak tahu apa yang harus ku respon kan.Sedangkanaku tahu,sudah tiba masaku untuk pergi.Ku anggukkan sahaja,sekadar menyedapkan hati opah.Tak terbayang apa akan berlaku pada opah dan atuk andaikata sebentar lagi aku dijemput-NYA.Opah dan atuk sudah bagaikan orang tua ku sendiri,mereka lah yang mendidik,menjaga ku sehingga kini.Tak terbalas jasa mereka,Cuma dengan doa kepad tuhan sahaja agar keduanya selalu di bawah keberkatanmu YA ALLAH.

“Buat mama dan papa,
    “ Are susun 10 jari memohon ampun dan maaf akan kekhilafan yang Are pernah lakukan sepanjang keberadaan Are di muka bumi ini.Are sedar Are bukan lah anak solehah yang mampu di banggakan oleh papa dan mama,Are tidak mampu membrikan kebahagiaan buat mama dan papa.Namun ketahuilah,sesungguhnya kasih sayang dan cinta Are hanya untuk mama dan papa,meskipun Are diperlakukan seperti ini,tidak tercalit pun dendam di hati,mahupun benci terhadap mama dan papa.Jika Are mampu meneruskan hidup ini lagi,yakinlah Are akan berbakti kepada mama dan papa,namun takdir yang tertulis kita tidak mampu ingkari,siapalah kita untuk menolak takdir.Ini nukilan terakhir dari Are,diharapakn jangan dipandang sepi,berpisah kita di bumi,bertemu jua kita di akhrawi,sekian anakmu”.Menitis air mata Suraya membaca surat yg  ditulis sebelum peninggalan Areanna,hari ini genap 2 bulan pemergian anak gadisnya.Penyesalan demi penyesalan kian menghimpit di sanubari,begitu jua dengan Mikail.Begitu terasa pemergian Areanna,walaupun hubungan mereka tidak lah serapat mana pun,namun ikatan yang terjalin sebagai ibu bapa tak mampu diubah oleh sesiapa pun di muka bumi ini,ia kekal sehingga akhirat.Berpisah kita di bumi,bertemu kita di akhrawi,semoga hidup kita diberkati.

                                                                       -TAMAT-



                                                                  #milliondollargirl#

Friday 23 December 2011

Takdir Yang Tertulis-bahagian 2


Aku bingung.Tidak tahu apa yang harus aku lakukan sekarang,segala-galanya bagaikan sia-sia sahaja.Kemoterapi,ubat-ubatan moden mahupun tradisional,semuanya telah dicuba,namun tiada perubahan yang boleh dibanggakan.Rindu benar pada alam persekolahan,kalau ikiutkan hati memang aku pergi jer ke sekolah,namun atas nasihat doctor serta opah dan atuk,aku disuruh berehat sahaja dirumah.Aku masih belum mampu menerima kenyataan aku sakit,entah mengapa hakikat ini terlampau pahit untuk ku telan,terasa bagai membunuh ku sedikit demi sedikit.Kedengaran telefon bimbit ku bordering.Lagu nyanyian Natasha Bedingfields “pocketful of sunshine” menari-nari memanggil ku.Bermakna betul lagu itu bagi aku,terlalu subjektif untuk ku ungkapkan dengan kata,namun sangat menangkap hatiku setiap masa.Tertera di skrin,nama Tania.NAK ANGKAT ATAU TAK?Kalau diangkat panggilan nie,mesti Tania akan menghentam aku dengan pelbagai persoalan.Namun jika tidak diangkat,dikatakan aku menyombong pula,mana janji sahabat dunia akhirat yang dicanangkan?Ku gagah jua,demi seorang sahabat..”Hai Tania,how are you girl,feeling good ha?””Dah kau tak payah nk pura-pura so happy go lucky dgn aku Are,baik kau terus terang kt aku,mana kau menghilang?kau sakit,are”soal Tania.Perlukah aku jujur,takpun membohongi Tania,sahabat sejati ku sendiri,keliru aku,tidak tahu harus apa ku respon.”Are,kau nie aku Tanya diam pula,dah kenapa ?bisu dah sekarang?”geram Tania menunggu respon ku.”Ehh aku tak ada apa-apa lah..aku demam biasa jer,lagipun aku ada urusan keluarga lah Tania.””Betul kau ni Are,tak tipu aku?macam tak logic urusan keluarga sampai 2 bulan kau tak dating sekolah..hurmm””Betul Tania,esok aku pergi sekolah yer..see u there,bye!”Aku terus off telefon aku,cuak pula takut ada yang lain mahu menyoal siasat.

Tepat jam 6.00 pagi,jam locengku berbunyi,ku buka mata,menuju ke bilik air.Ku tenung lama wajah ku di cermin,pucat bagai mayat hidup,tak berdarah!Arghh  persetan semua tuh,aku dah berjanji dengan Tania untuk ke sekolah,nanti bertambah curiga pula mereka.Aku tahu aku digelar “RATU PONTENG”,tapi ini bukan kehendakku sendiri.Aku sudah terlampau jauh dari kenormalan yang biasa ku lakukan sebelum-sebelum ini.Jika benar takdirku untuk pergi sebentar lagi,biarlah ku habisi sisa-sisa hidup dengan penuh kepuasan,kegembiraan,walaupun jauh di benak hati aku belum bersedia di jemput-NYA.Selesai membersihkan diri,aku menunaikan solat subuh,ku pohon doa agar diberi kekuatan dan diampuni dosa-dosaku,dan sudah tentu jangan KAU ambil nyawaku dulu..berikan ku kesempatan YA ALLAH..Ku sisir rambut kemas seperti selalu,namun kaget sebentar,rambut ku gugur,bukan sedikit tetapi begitu banyak sekali.Aku mengerti ini lah kesan kemoterapi yang aku jalani,berfikiran di dalam hati,sebentar sahaja mungkin aku sudah tidak berambut.Ehh pakai wig lah macam tuh kan?boleh jd “blonde”.Ketawa sendirian aku,ku oles lip balm bagi menutupi kelesuan wajah ku..Aku turun menuju ke meja makan,opah dan atuk terkejut melihat aku.”Are,nak pergi sekolah ker cu?Are larat ker?”soal opah.Aku hanya tersenyum dan menjamah sedikit mee goring yang opah buat.Ku cium tangan opah dan atuk.”Opah,atuk,Are  pergi dulu yer,Are saying opah dan atuk,”ku peluk erat kedua-duanya..Entah mengapa terasa begitu sayu untuk pergi.Abang Johan membuka kan pintu kereta untukku.Semasa dalam perjalanan menuju ke sekolah,abang Johan,pemandu untuk keluarga ku,namum sudah ku anggap seperti abang sendiri..bertanya”Diam jer Are,selalu kalau pagi-pagi dah riuh rendah dah”,”Tak der lah abang,mood tak sampai lagi nie,”jawabku.Padahal aku sendiri bingung sejak akhir-akhir ini aku pendiam pula,seprti keinginan untuk berbicara mati sejurus ku sakit.

 Kereta yang di pandu abang Johan tiba di pekarangan sekolahku,aku keluar dari kereta dan seraya berkata “Abang Johan,nanti Are balik sendiri okay,tak payah ambil Are.”Aku berdiri di hadapan kelasku,lama jugak terpacak kt situ.Inilah tempat yang paling aku rindui,kelas 5 Bestari,penuh memori suka duka aku di sini.Kelihatan Ezzim,Hazrul,Kavinna,dan juga Wendy sedang berbual di dalam kelas.Aku berjalan memasuki kelas,kelihatan semuanya terpana dengan kehadiran aku.Hazrul menyapa sambil mengelip-ngelipkan matanya “Ehh nie betul kau ni Are?mehh tolong cubit aku sikit”.Dengan selamba aku ketuk kepalanya dengan buku dan berkata”DAH PUAS HATI KAU AIYOL?””Weyh suruh cubit bukan ketuk,sakit lah ngok”jerit Hazrul,yang lain ketawa sahaja.Tepat jam 7.15 am,Tania dan Dania tiba,bergegas keduanya memelukku.”Sumpah aku tak percaya kau datang sekolah,lama gila kau main hide and seek dengan kitorang,ingat dah lupa kami dah kan Tania”,celoteh Dania sambil memuncungkan mulutnya.”Ishhh kau nie,dia datang,kau berleter pulak,nanti dia lari baru kau tahu dan,tak terkejar dah,marathon 1500 meter dah!”,sampuk Ezzim,lantas ketawa kami semua.Tiba waktu rehat,Ezzim bilang Puan Mariam hendak berjumpa dengan aku,sudah ku duga.Mesti dia nk soal selidik aku ni,gelabah pula aku nanti nak jawab apa hendaknya.Aku menuju ke ruangan bilik guru untuk bertemu dengan Puan Mariam.Kelihatan cikgu-cikgu lain menghendap-hendap melihat aku,di dalam hati aku,ni mesti ada yang membawa mulut ke sana sini nie,kalau tak,takkan nak tengok aku macam banduan terlepas.

“Ada apa mak call Mikail ni mak?Mikail banyak kerja dekat office mak.”                                                        “Kau ni Mikail kerja sampai tak ingat dunia,dah lupa kau ada anak?si Areanna tuh bukan anak kau ker?”marah opah dengar papa cakap macam tuh..Papa memang begitu kerja,kerja,kerja!Aku ni dah macam anak kucing,kucing pun tahu sayangkan anak.”Mak nie bukan apa mikail,balik jenguk anak kau,kesian dia,dia sakit Mikail,sakit”menitis air mata opah tanpa diduga.”Mak kalau si Are tuh sakit bawak lah dia ke hospital,saya kan bagi duit,kenapa tak cukup ker duit saya bagi?Nanti saya tambah lagi,dahlah mak saya ada meeting ni,nanti saya call balik,assalammualaikum”,talian diputusi.Opah benar-benar kecewa dengan sikap papa yang penting kan kemewahan semata-mata dna tidak mempedulikan keluarga.”Kenapa kau ni Mikail,anak kau dah nazak Mikail,hidup dia dah tak lama,kenapa kau masih macam nie,tak ada hati perut kau nie”,bicara opah sendirian sambil megesat air mata yang berlinangan.Opah menuju ke ruang tamu,kelihatan atuk sugul sekali,opah memandang atuk dan menggelengkan kepala.Atuk berkata”apalah nasib cucu kita kan yahh,abang tak tahu nak fikir apa lagi,dah dengan mak bapak dia yang tak ketahuan,dengan sakitnya lagi,sedih hati abang yahh”.”Yahh pon tak tahu lah abang,abang dah cuba call si Suraya?”                                                                                                                                    “Dah 10 kali abang telefon,tak berangkat langsung,entah-entah dia sengaja tak angkat tak.”                        “Kesian Are bang,dia Cuma ada kita aje,mak bapak bercerai-berai,dahtuh tak pedulikan dia pulak,apa nasib dia abang,bayangkan kalau kita tak ada,nauzubillah”.Kedua-duanya bingung tidak tahu harus apa yang dilakukan bagi membantu Areanna.

**nanti kan sambungannya lagi :)**

                                                               #milliondollargirl#

Takdir Yang Tertulis-bahagian 1

**sebelum itu,korang saya br berjinak kembali dlam menulis setelah tidak menulis,nie blog baru so rasanya teringin pula menulis kembali,harapakan ada komen membina okay..sekian~~**



                                              TAKDIR YANG TERTULIS


Pagi itu suasana begitu indah dan nyaman,burung-burung berkicauan,bunga-bungaan mekar mewarnai suasana yang menggamit sanubari.Nun, di sana,sang suria bersinar-sinar dengan galaknya menandakan itulah saat seluruh warga kota brlumba-lumba dan berasak-asak memulakan rutin harian.Landskap kehidupan beralih ke kehidupan aku,lemah longlai aku menuju ke tingkap,kubuka,mengharap agar si mentari sudi menyalurkan cahayanya agar ku kuat untuk meniti kehidupan yang sangat memeritkan ini.Sangkaan ku meleset,tiba-tiba mata ku berpinar-pinar,kepalaku terasa sakit teramat,aku rebah menyembah bumi.

Bacaan ayat al-quran tidak terhenti dari mulut opah,atuk aku kegusaran bagai cacing kepanasan.Duduk salah,berdir salah,entah apa yang difikirkannya.Hanya tuhan saja yang tahu.AKU?masih terbaring kaki di katil hospital.Ya,aki dikejarkan ke hospital setelah opah menjumpaiku pengsan di dalam kamar.Mataku terbuka sedikit demi sedikit,ku lihat wajah opah yang tidak ditelan dek usia,bercahaya suci dan menenangkan.Atuk jua yang sentiasa menemani aku di saat susah dan senang.Kelihatan mereka amat bersyukur kerana aku sudah sedar,aku cuba berbicara namun kata-kataku terhenti apabila doctor dan jururawat terlebih dahulu berbicara.”Makcik dengan pakcik boleh tunggu kat luar sebentar,kami perlu memeriksa Areanna terlebih dahulu”,ujar Doktor Rizal.Wajah tampannya begitu mempersona setiap mata yang memandang,agung sungguh ciptaan tuhan,namun cantik atau tampan bukan ukuran kehidupan,hati nurani yang tulus dan suci itu yang mesti.

Selesai pemeriksaan,jururawat memberikan ku suntikan bagi memulihkan kekuatan aku,dan meninggalkan aku bersama Doktor Rizal.Senyuman beracunnya tidak lekang dari bibir,melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan ku.”Abang riz.....”,panggil aku.Air mata tidak mampu diseka lagi,berguguran jua membasahi pipi.”Kenapa sayang?janganlah nangis,abang kan ada,”sambil mengesat air mataku.”Are sakit teruk kan?dah dekat sebulan are macam nie,kenapa dengan are abang?”Abang riz kelihatan terdiam kaku,hendak diluah bagaikan bersalah pula..ditelan mati mak,diluah mati bapak.”Are tak ada apa-apa,are okay jer,percaya cakap abang okay”.”Abang janganlah tipu are,are bukan budak kecil lagi...”brappp,pintu bilik dibuka..opah dan aki secara tiba-tiba masuk ke dalam kamar hospital.”Rizal macam mana dengan Areanna?Opah risau lah dengan dia ni,sakit saja”.Abang rizal melarikan matanya ke keseluruhan bilik,padahal ku tahu otaknya ligat mencari jawapan.”Baiklah,saya rasa dah sampai masa saya berterus terang,Areanna sebenarnya menghidapi kanser otak”.Aku terpaku,bagai ditusuk anak panah.Opah dan aki trgamam.Tak terluah hendak dikata.Air mata sekali lagi meluncur membasahi pipiku,tiada kata mampu ku ungkap...

“Eh,Are mana ha?Dah dekat sebulan tak Nampak batang hidung,keman pulak dia nie?”,ujar Dania kepada Tania.Si kembar ini adalah kawan baikku sejak di sekolah rendah,rezeki kami bersahabat sehingga ke sekolah menengah yang sama.Dania,si kepoh yang banyak mulut,Tania pula gadis manis ulat buku,benar kata orang..sama tapi tak serupa.                                         “Bangun semua,Assalammualaikum cikgu,selamat sejahtera cikgu”,laungan Ezzim ketua tingkatan 5 Bestari cukup lantang.”Ok kelas,siapa yang tidak hadir hari ni?”,Tanya Puan Mariam,guru tingkatan kelas aku.”Siapa lagi cikgu,kalau bukan “Ratu Ponteng” kelas kita,ehh apa nama dia ehh?”laju sahaja Sherena dan rakan-rakannya melaungkan namaku dengan tangkas “AREANNA MARLYNN BT.MIKAIL”.Ketawa berhuraian di dalam kelas melihat gelagat gedik Sherena dan rakan-rakannya yang sememangnya dikenali sebagai “wannabe” Kardashian’s family.Dania menjadi geram dan bengang melihat telatah Sherena,lantas bangun dan menolak bahu Sherena,”Ehh kau dah kenapa?Meroyan pepagi buta,tak puas hati kat celah mana,hah?!”Puan Marian segera campur tangan meleraikan mereka berdua.”Cikgu tengoklah minah gedik nie,ikut hati saya,saya buat cekodok dah dia nie”,terbahak-bahak pelajar-pelajar yang lain melihat pergaduhan anjing dan kucing ini.Sherena menyampuk”cikgu  tengok si tomboy nie,boleh nak buat muka saya ni cekodok,mahal tahu buat facial!”lantas pura-pura menangis.Puan Mariam menjerit “KAMU DIAM!SEMUA ORANG DIAM!awak semua nak dating belajar ker bergaduh?hah Sherena awak yang “over” nak nangis kenapa,si Dania belum pon cekodokkan awak ! “HAHAHHAHHAHAHA”,ketawa besar rakan-rakan 5 Bestari.Malu besar Sherena dek kerana gelagatnya itu.                                             

**nantikan sambungan bahagian kedua esok pula** :D 



                                                        #milliondollargirl#   

Thursday 15 December 2011

grateful

hye everyone
i'm back yeahhh..
with new life..
after all shit thigs that happens,you have no right to screw me
go on with your idiot things
just so you know,
i dont wanna see your shitty face begging on my knee one day
cause that time i would treat you more dirty than i do it know...

oh yeahh..i'm so GRATEFUL today..
i got what i want
thanks ALLAH for give me a blissful day after all lameness that happens..
now i gonna see u cry..see u begging for what u did bitch..
go on screw someone else life
but till then u will know
HOW MUCH LOSER YOU ARE..

#milliondollargirl#